Saturday, December 25, 2010

Ayuh Malaysia........


Ahad ini akan menjadi satu medan penentuan samada Malaysia mampu untuk menjulang Piala AFF buat kali pertama...perlawanan akhir pertama akan diadakan di Stadium Bukit Jalil dan yang kedua di Jakarta...kalau mengikut prestasi semasa...Malaysia mampu untuk menjulang piala ini buat pertama kali..dengan kehadiran pemain-pemain yang berbakat seperti Norshahrul Idlan Talaha,Amri Yahya,Safeee Ali,Khairul Fahmi dan ramai lagi...diharap semua penyokong dapat memenuhi Stadium bagi memberi semangat...dan aku menjangka kemenangan buat Malaysia di laman sendiri walaupom aku x dapat ke stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut...namun aku akan menyokong dr jauh....aku predict Malaysia menang 2-0...dan seri 0-0 di Jakarta.....Gomo Malaysia Gomo....

Wednesday, December 22, 2010

Berbowling di Banting Square....

Dah lama x main bowling...tp semalam aku ngan adik2ku n sepupuku berbowling d Banting Square....best jugak main ramai2 nie kan...main sampai nak patah jari aku nie...haha...dan resultnyer..tentulah aku yg menang..haha..otai kena la menang...hihi


Friday, December 17, 2010

Mimpi indah....

Mimpi itu permainan tido kate orang2 tua la kan....tp bg aku....permainan kew kenyataan kew...ia tetap sama....dan yg paling best biler mimpi itu jadi kenyataan...semalam aku plak mimpi yg best2.....mimpi result semua ok....mimpi Malaysia menang lawan Vietnam....dan yg aku tunggu2..mimpi nak kaya cam Bill Gates...tu jew yg belum jd kenyataan..biler la nak kaya cam dia....$$$$$$$

Monday, December 6, 2010

Come on Pa'Ang....

Get the spirit.............

Don't lazy n work hard...........^_^

Tuesday, November 30, 2010

Akhirnya Barcelona menang....


5-0....jumlah gol yg besar..dan amat memalukan bg Galaticos...sememangnye aku frust ngan game Real semalam...permainan yg terumbang ambing....hantaran yg lemah..berbanding Barca...play beutifull....short pass n faster....apa2 hal pom...congrats for Barca.....see u in Santiago Bernabeu next year....

Untuk Renungan Bersama - Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Sunday, November 28, 2010

Pertemuan "EL CLASSICO"...


Pertembungan menarik yg aku tunggu2 telah tiba...pertemuan El Classico antara Barcelona VS Real Madrid di Nou Camp..Isnin ini bakal menentukan pasukan mane yg lebih hebat dibumi Sepanyol..bagi aku sudah tentu aku memilih Real Madrid...pasukan yg penuh dengan bintang2 seperti Cristiano Ronaldo,Higuain,De Maria,Casilas dan ramai lagi...aku predict Real Madrid akan menang 2-0....x sabar nak tunggu Isnin ini....

Saturday, November 27, 2010

"Ngangkung" yg best....



Seram,Komedi n Sedih....inilah yg dapat aku simpulkan dr muvie "Ngangkung"..best giler dengan lawak selamba Shaheizy Sam,Angah Raja Lawak dan Azad Jasmin....bermula dr awal cerita lg aku ketawa bersama-sama ngan penonton yg lain di dlm panggung MBO Bt.Pahat td...memang x rugi kalau pergi menonton cerita nie...kisah 3 orang sahabat yang kemaruk ngan nombor ekor untuk hidup senang....untuk mendapat no yang 'ong' mereka menemui bomoh nombor....serius memang lawak giler...yang bestnyer ada beberapa ayat yg aku ingat lg...mmg lucu...ayatnya cam.."air serabut perut"...mmg full la panggung td...aku pom pegi nak tgk cerita nie pada pukul 3 petang..tp tiket dah sold out...so kena tunggu turn untuk pukul 5.45...so aku bg credit A untuk filem nie....

Thursday, November 25, 2010

Final Exam...



Alhamdullilah...2 da lepas tinggal 3 paper lg....mudah-mudahan lepas semua paper yg aku amik...apa2 hal pom aku nak ucap gud luck utk semua member2 aku....moga dapat jawab ngan baik masa final exam nanti...yg penting kite tawakal selepas jawab soklan.....

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha.....

Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM, melihat keteguhan iman anaknya ISMAIL, Dikala itulah bermulanya sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN..SALAM AIDILADHA..Kullu `Am Wa Antum bi Alfi Khoir...‌

Selamat menyambut aidiladha buat semua muslimin dan muslimah di seluruh dunia...

Friday, November 12, 2010

PSM/FYP.....lega...

Lega yg amat.....tamat sudah utk PSM 1 aku petang td....selesai presentation td setelah ditangguh selama seminggu...student lain da lama setel...aku ngan member aku Matle jew yg baru setel td...fuhhhh...aku rasa macam da setel segala galanya bila abes present td...haha...padahal PSM 2 menunggu utk disiapkan...xpew...yg penting cuti dulu..lepas cuti br fikir blk pasal PSM nie....lambatnyer Sabtu nie....nak balik....

Monday, November 8, 2010

Kg Kasa......


Kg.Kasa asal tempatku...tempat mulanya aku membesar...tempatku mengenal apa itu erti kedamaian...walaupom namanyer agak pelik...namun hakikatnya ianya berlainan sekali dengan nama yg diberi...disini "etak" menjadi sumber ekonomi bg penduduk kampung...kedudukannya yg dekat dengan sungai kelantan menjadikannya ianya tempat yang strategik untuk aku ngan budak2 kampung mandi sungai...haha...teringat kisah masa kecil2 dulu...aku ngan budak2 kampung pergi menyentap buah Koko kat tepi sungai yg ditanam oleh org kampung...lepas tu kena kejar ngan anjing...haha..litang pukang kami lari menyelamatkan diri...teringat cerita nie rasa nak blk kampung la plak.....
"mama aku nak balik kg....huhu

Saturday, November 6, 2010

Suka Ria...

Hari minggu datang lg.....hooreyyyyy..

Sunday, October 31, 2010

Taniah The Red Warriors.....


"Gomo Klate Gomo"...itulah ungkapan yg slalu aku jerit jika aku kew stadium....
tetapi semalam aku hanya jerit di kedai makan dekat Parit Raja nie jew..kalau ikutkan hati nak jugak ke Stadium Bukit Jalil tu...tetapi aku ada presentation viva..so just stay at home jew la...walaupom jauh sokongan aku tetap sama....ramai yang hadir memeriahkan suasana semalam..penuh kedai tu aku tengok..aku pukul 8 malam lagi dah berada kat depan tv kat kedai tu...semangat punya pasal..taniah...taniah...taniah...untuk Kelantan kerana menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama setelah 89 tahun ia diperkenalkan......penantian yang cukup lama...walaupom tahun lepas berjaya ke final tapi tewas kepada pasukan yang sama...tahun ini Piala Malaysia milik kami.....hooreeey....aku juga ingin memuji kepada member aku yang walaupom bukan
dari kelantan..tetapi semalam bersorak meraikan kejayaan kami bersama...apa-apa pom....we proud with u...The Red Warriors....i luv u....

Saturday, October 9, 2010

Singapura oh Singapura..

Akhirnya sampai juaku ke negara yang simbolnya singa iaitu singapura...mengikuti trip yg dianjurkan oleh lecturer aku...En.Amin dan En.Nasir...pagi-pagi lagi sudah bangun..bertolak pukul 7 pagi dari UTHM....sampai di Imigresen dalam pukul 9.30 pagi..banyak amaran telah diberikan oleh driver bus..."jgn bawak cheewing gum,rokok kena bukak dulu,jgn bawak makanan jenis berdaging spt burger,jgn amik gambar di pusat imigresen..."..amaran nie masih terngiang-ngiang di fikiranku...sangat tegas skali kerajaan singapura dalam memastikan kawalan keselamatan di pintu masuk utama negara mereka...

1st destinasi aku adalah Japanese Park...taman yg indah lagi menyamankan...

2nd destinasi aku pula ke china town..mmg menarik banyak cenderahati boleh dibeli disini dengan harga yg murah..

3rd destinasi aku ke arab street...disana terdapat satu masjid yg dinamakan MASJID SULTAN..rekabentuknya yg menarik mmg menjadi tempat utama pelancong kesini..disini juga terdapat gerai2 yg menjual cenderahati utk disimpan menjadi kenang-kenangan

4th destinasi aku pula ialah "The Merlion"..disini semua sibuk duk bergambar ngan patung singa yg menjadi lambang negara Singapura

5th destinasi seterusnya ialah Pulau Sentosa...mmg best giler bile dapat masuk ke taman tema terbesar di sini..banyak permainan yg aku main disini antaranya ialah "Luge"...dan yg paling best dpt melihat show "song of the sea"...cantik dan indah sekali persembahan air yg di sembahkan....

Tepat jam 11mlm...bertolak dr Singapura ke Batu Pahat....thn depan kita jumpa lg Singapura





















Tuesday, September 28, 2010

Orang Yang Pertama...

Apa ku tahu.. ku sampaikan...
Orang yang pertama

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..


Sumber:FB

Friday, September 24, 2010

Reunion Raya...



"Meriah & eppy" itulah ungkapan yg sesuai untuk reunion budak2 kelas poly KB aku dulu...

kesanggupan kepada mereka yg hadir membuat aku teruja...

dan diharap pada masa akan datang lebih ramai lagi yg hadir...antara yang hadir Due Polis,Ayub,Mat Le,Mat Pak,Nuar,Fahmi,Tok,Pok Wa,Amir,Nasa,Pok Check,Sere,Paih,Arman dan aku sendiri..

tu ramai lagi yang belum hadir disebabkan urusan kerja...

10s kepada Matle yang sanggup jd organizer...

walaupom last minute call...haha..

apa2 hal reunion seperti ini harus dibuat lg secara berterusan supaya ikatan antara kite lebih kukuh lg....

Wassalam....

Tuesday, September 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin...

Tuesday, September 7, 2010

Fikir-fikir.......

1,2,3.....da lama aku pk....

sampai tahun depan la ko pk...hahaha..

ntah pew2..chow

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka..Merdeka..Merdeka


Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke 53..aku berbangga menjadi anak Malaysia..sebagai anak Malaysia aku harap dapat berbakti jiwa dan raga kepada negara tercinta...insyallah...

merdeka...

merdeka.....

merdeka.......

Monday, August 30, 2010

5 hari lagi....

5,4,3,2,1....countdown utk kepulanganku ke kampung..lambatnyer weh...

Sunday, August 29, 2010

Malang...

Hari ini pagi2 lagi aku da ke hospital bt pahat.nak tau kenape?semalam aku x dapat tidor menahan kesakitan kat pergelangan tangan kiri...yela aku jatuh semalam masa main futsal kat Parit Jambol...tangan aku bengkak...aku suspect patah tangan aku tu.Aku g la bt pemeriksaan kat hospital bt pahat...g x ray..then doktor kata xde apew2..just bengkak urat..syukur x patah..aku balik umh sewa papa aku call..adik aku da bagitau dia yg tangan aku bengkak..papa aku suh g urut..petang tu aku g ar jumpa tukang urut Hj Arifin...umh dia dekat ngan pasar parit raja..tinggal lagi 2 minggu bg umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri..aku akan beraya dengan tangan yang berbungkus...sedihnyer....huhuhu

Wednesday, August 18, 2010

EK9 kena tapau...

Saja borim nie..nak cerita sket..td aku baru baca satu article kat forum zerotohundred..budak tu cakap EK 9 member dia kena tapau ngan Toyota LE 4AGZE...adoyai camne honda bley tewas nie aku pom x tau la..yg aku tau EK9 nie guna enjin B16B...and its a big V....mmg termenung aku baca tadi...Vtec besar pom keno ngan 4AGZE...xpew la bro nanti gua pakai EK9..gua tolong balas dendam balik...hahaha...apa pom Honda tetap dihatiku....:p


My dream........

Tuesday, August 17, 2010

jurnal ...

~~~aku nak jurnal...plzz~~~

Friday, August 13, 2010

Laptop oh laptop..

Hari nie aku nak citer sket pasal laptop aku yg berjenama compaq nie(laptop pemberian mama n papa)...haha...pagi td aku ada presentation pasal subjeck IDP...so semalam duk buat keje ngan laptop nie la..sampai x tidow aku semalam...bangun pagi terus kew kelas tuk present..masuk kelas terus jew kena present..abes jew presentation tuh...aku duk la blakang kelas ngan group member aku tuh..duk discuss pasal pew nak bt untuk next week punya presentation...abes jew discuss terus jew blah tanpa menghiraukan laptopku nie...aku tumpang moto member aku Due ari nie...dia ajak aku g PPH ada urusan sket..sampai jew kat pejabat PPH tuh...aku rasa ringan jew beg yg aku bawak td..check2...kompem aku da tinggal laptop dalam kelas td...apa lagi terus aku ambik moto member aku tuh pecut balik ke kelas td...sampai jew kat bangunan G3 tuh..berlari-lari plak aku mencari kelas td yg berada di tingkat 3...penat aku sampai berdengus-dengus nafas aku td...dah la ari nie puasa..masuk jew dalam kelas td.cari punya cari x jumpa laptop aku tuh.....perasaan cuak plak timbul...aku rileks jap...try la call member aku yg laen..tanya ada nampak x laptop aku...diorang cakap xde..aku pom cari la balik kat dalam kelas tuh...akhirnya jumpa la laptop tu kat atas meja...kat ujung kelas...x nampak aku..sbb kaler meja ngan laptop hampir sama...mujur dan mmg mujur...kalo xde laptop nie...susah ar aku nak online cam slalu..heee....selamat berpuasa...:)


Nie arr laptop kesayangan aku....hee

Wednesday, August 11, 2010

1st day pose....

1st day yg ok..nak kata lapa x la sangat.hujan yg turun mengurangkan rasa dahaga kat tekak nie.Time kat pasar ramadhan td x tau nak beli apa.orang ramai yang amat.aku pusing satu round bazar tadi akhirnya aku buat keputusan membeli nasi kerabu ngan ayam bakar tambah plak ngan air tembikai.memang sedap jew aku tengok ayam tu td.ingat nak balun terus jew kat situ.hee...time bukak plak tadi berbuka ramai2 ngan budak umah sewa..memang seronok la..ada yg terus bukak sampai lupa nak baca doa dulu..haha..ape2 hal pom...diharap ramadhan tahun nie membawa keberkatan untuk aku..amin...:)

Monday, August 9, 2010

Ramadhan datang lagi...

Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.

Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui.

Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

Tahun ini sekali lagi aku akan memulakan puasa di kampus bersama-sama teman.Sudah lama rasanya tidak memulakan hari pertama puasa dengan keluarga di kampung.Pagi ke kelas dan petang ke pasar ramadhan dan malam ke masjid untuk solat tarawih.Ini sudah biasa bagi diri ini sebagai insan yang bernama student.

Walau apa pun caranya puasa tetap meriah dengan cara masing-masing tanpa melanggar sunnah.

Buat semua.

Aku ucapkan selamat berpuasa!

Friday, July 2, 2010

SuRvey Camp.....Teluk Ramunia

Penat tp enjoy...itulah ungkapan yg sesuai utk survey camp yg aku pegi kali ini....lokasinya di Teluk Ramunia...semua member2 aku ingat kat Romania(itu kat europe der)...hahaha...xde Teluk nie kat Kota Tinggi, Johor...banyak benda yg aku dapat belajar kat cinie...trabas,levelling,tekimetri n laen2 lg...dulu pernah belajar la masa kat poly dulu...tp semua



total lost...haha...biasa la da dekat 5 thn tggl survey nie...otak pom da karat nak ingat blk..mujur la ada camp nie....dapat la refresh blk benda alah nie....yg bestnyer kat camp nie....mandi laut...best giler ari2 dapat mandi laut.....dengar citer dr budak2 sesi 1 & 2 camp nie letih giler la...x enjoy la.....tp camp yg aku pegi nie mmg terbaek ahh...10s to Dr Effendy kerana sporting abes.....yg penting kul 6 kena main beach volleyball....haha...dan taniah tuk team volleyball kerna telah dapat menewaskan geng2 abang askar....
terima kasih tuk semua crowd n cheer yg datang ari tu...korang mmg sporting abes beb....pew2 hal...yg penting we all enjoy at this camp.....:p

Monday, June 7, 2010

Reunion...

Hari ini adalah hari pertama cuti sekolah dan hari ini juga reunion utk kelas aku masa kat poli dulu...best walaupom ramai yg x hadir...bagus juga kalau dibuat setiap tahun...dapat mengeratkan lagi hubungan akrab...antara yg hadir due,ayub,nasa,matle,che mat,pokde dan amir...ramai yg telah membatalkan kehadiran di saat2 akhir.biasa la cuti sekolah...kenduri banyak..hee..banyak yg dibualkan dan digosipkan...haha...dan bercerita balik kisah2 lama semasa di poli...haha...tp sebelum balik tadi semua terkejut apabila nak bayar bila jumlah untuk makan nasi 4 pinggan berharga RM18 lebih...mmg dasyat harga makanan kat KB skang..dah macam kat KL plak..ape2 hal...yg penting reunion sebegini harus diteruskan...hok petim set kitow jange pecoh....;p

Friday, May 28, 2010

World Cup datang lg....

kali ini aku nak bercerita tentang pertandingan bola sepak piala dunia yg akan berlansung x lama lg d Afrika Selatan...semua orang bercerita tentang bola skang...bak kata pepatah..tido bola..makan bola..minum bola...semua mesti berkaitan ngan bola...dengan tinggal lg 14 hari sebelum sepak mula berlansung mesti semua orang berdebar-debar untuk melihat siapakah juara untuk edisi kali ini...dan semua orang tentu berharap pasukan pilihan masing2 menjadi juara...aku juga punyai pasukan pilihan...dan pasukan pilihanku sudah tentu Italy dan England...yeah...tahun nie aku harap pasukanku berjaya menjadi juara utk edisi kali ini.......viva Italia...go go England..

Wednesday, May 19, 2010

Layan Jer...

Wednesday, May 12, 2010

Dunia tanpa jurutera

Mana lebih penting, engineer ker sales manager? Engineer bijak dalam benda-benda teknikal tapi kalau tak tahu nak menjual susah juga kan? Dalam belajar pula jurusan teknikal ni lazimnya lebih susah dari jurusan business atau HR.

Biasanya dalam satu company tu unit sale dapat lebih bonus dari unit teknikal dan sebab tu anak orang-orang kaya lebih suka mengambil jurusan business ni kerana selain dari pakaian lebih smart tapi unit ni boleh jadi penggubal polisi syarikat.

Apa pun kita bayangkan kalau dunia tanpa jurutera..








Sumber:Isuhangat

Thursday, May 6, 2010

Medical Check.....!!!

syukur..aku masih selamat lg..hee..apa x nyer..ari tu masa buat show dikir barat kat SRK Parit Raja ada la booth kesihatan kat sana...aku ngan member2 g la check kesihatan...tp dlm hati...cuak la..mana la tau check2 ada masalah kan....tp alhamdullilah...aku masih sihat..kandungan gula ok..jantung ok...cuma berat BMI tu jew lebih sket...doctor tu cakap aku kena kurangkan 2@3kg kalo nak stabilkan blk berat ngan tinggi aku....so..korang g la check..mana la lau tau ada masalah..boley la rawat awal2 lg...kat bawah nie aku punya result ari tu...:)

Tuesday, May 4, 2010

Permainan di malam minggu....!!!



halo2...haha..malam minggu....malam minggu..sungguh boring aku disini..haha...dah lama aku x main benda nie...minggu lepas member aku ajak main snuker...mula2 x nak....tp bile da try..ai making menjadi plak giler aku kat game nie..apa2 hal penuhilah hari minggu kamu semua dengan kerja yang berfaedah...peace...=)

Tuesday, April 27, 2010

Istilah bahasa...

dah lama aku rehat dr menulis kat blog nie....biasalah exam...lagi 3 paper tinggal...untuk mengisi masa lapang aku nie(padahal xley tidow)...ari nie aku cuba utk mgupas tentang bahasa2 yg digunakan pada zaman skang...kat umh aku nie pom macam2 bahasa digunakan oleh member2 aku..aku sendiri pom terlibat..haha...contohnyer..."der","lu","wa","bro","bai" n macam2 lagi....akibat terpengaruh dengan cite2 yg ditayangkan kat tv...abis rosak bahasa kita..padahal lansung x best bahasa tu..kalu guna bahasa yg elok sikit ok pew....cam "awk","sy"...haha...tp lucu kan..skema plak aku nak guna bahasa tu...depan awek boley la....haha..macam aku biasalah guna bahasa kelantan la..."kawe","demo".....kat umh aku nie pom dah macam2 bahasa digunakan oleh member aku...jawa,negori....best jugak dengar diorang ckp...apa2 hal pom...peliharalah bahasa kita.....
"kawe tubek dulu deh"....tapi sebelum tu...kawe sediakan sedkit bahasa kelantan bg sape2 yg nak belajar la kat bawah nie....

SAYA: kawe, ambo, kito

AWAK: demo, awe (untuk lelaki),che mek (untuk perempuan), awok

SEGERA: slalu (sla looh)

SEMALAM: kemaghin (ke ma ghin) (yesterday)

MALAM TADI: semale (se ma ley)

ABANG: abe (aa bae)

KAKAK: che kak, kak

IKAN: ike (ee kae); ike todok (ikan todak)

AYAM: aye (aa yae); contoh: aye katik, aye seghamo (serama)

JAMBATAN: ghetok (ghe tok - gertak)); contoh: ghetok Sute Yahyo (Jambatan Sultan Yahya)

MAKAN: make (maa kae)

DATANG: maghi (maa ghi)

ROJAK: colek (collek)

SATU: so (macam sos tapi buang s kat belakang jadi so)

BUDU: SOS BILIS...haha

DUIT: duik, pitih

GARANG=Bekeng

Contoh ayat:-Abang kamu tu garang sangat le....

Ditranslatekan :-Abe mu tu bekeng sangak le.....

ok cukuplah setakat hari ni... kalau tak faham cari la awek kelantan sorang... boleh dia tolong ajar... :)

Saturday, April 17, 2010

Penangan design concrete...

Syukur alhamdulillah...itu sajalah ungkapan yg mampu aku ucapkan...setelah berminggu-minggu menempuhi segala cabaran dan dugaan akhirnya aku berjaya diselesaikan dengan amat baik sekali..dah lama x main futsal sbb nak siapkan kerja punya pasal..minggu ini merupakan detik yang aku xkan lupakan kerana dalam banyak2 tugasan....tugasan design merupakan tugasan yang paling aku benci...susah nak mampos..sudah siap kira2 design beam..member aku cakap aku salah buat..adoyai kena kira balik start dari bawah..nasib baek ler sempat kira..kalo x mmg aku x anta la project design nie jawabnyer ......minggu ini dengan presentationyer,testnyer,asingmentnyer dan bermacam-macam nyer lagi..haha..apa2 pom..aku dah buat yg terbaik..just wait the final exam jew next week...so ari ini aku da kena start study sbb minggu study week telah dihabiskan utk membuat kerja yg ntah apa2 tu...gud luck to sume member2 aku...hok peting set kitow jange pecoh...

Tuesday, April 13, 2010

Akhirnyer.......

Sukenyer rasa hari ini kerana sahlah bahawasanya aku and da geng telah mendapat rumah sewa yg dicari-cari sebelum nie...penat lelah mencari rumah sewa telah berhasil..banyak rintangan yang dirempuhi akhirnya rumah sewa telah ditemui...thanks to bekas lecturer poly aku dulu Aimy Nadia sbb menolong kita orang untuk menyelesaikan masalah ini...kalo x..kompem sem depan merempat kat masjid la jawabnyer...hee...mmg susah nak cari rumah sewa kat sekitar Parit Raja nie...rumah banyak kosong tp x mahu bagi sewa...aku pom pelik..kenapa la diorang nie x bg jew kat budak2 UTHM nie sewa..at least bulan2 masuk gak duit poket...apa2 hal pom credit tuk member2 aku sebab rajin dalam mencari rumah sewa nie...akhirnya boleh la tgk bola kat kedai mamak 25jam tanpa perlu menyusahkan diri untuk melompat pagar asrama lagi..heee....bye2 Kolej Perwira....

Friday, April 9, 2010

Pukul 5 pagi...

haha...tgk tajuk pom tau nie mesti x tau nak tulis apew..tp apa aku peduli...aku tengah boring giler nie..padahal keje belambak yg belum setel..present,simposium,test,cari penyelia n macam2 lagi la..minggu depan dah study week...tp aku tetap begini..malas..malas..malas..hahaha...pukul 5 pagi apa aku buat ya..erm..macam2 aku buat..makan meggi(fav tu),online(fb,chat,baca blog pasal kete n politik),hisap rokok...haha..tp pukul 5 pagi nie macam2 aku dengar citer..pasal pocong la antu raya la..ntah betol kew tidak...tempat aku duduk nie lain macam jew.seram bulu kaki aku..hohoho..betol kot ada pocong..sbb member aku citer roomate dia ada nampak pocong...tp itu citer 2 minggu lepas..apa aku peduli...yang penting pukul 5 pagi nie..keje aku still x setel2 lagi....arghhh penat aku nak pk pasal nie..aku chow dulu lah...(padahal x tau apew nak tulis)..hahahaha...bye..selamat pukul 5 pagi...:)

Wednesday, March 24, 2010

Tugasan ramai-ramai...haha

Hallo2 kopi dan milo..selamat pagi yang indah..haha...hari ini aku nak citer sket pasal bt tugasan ramai2...best rasanyer mlm nie..bt kerja ramai2..dah lama x copy assignment ramai2(biasa la last minute)hee..sume berkumpul kat umah aku tadi utk bt assignment..macam2 ragam ada...ada yang bt sambil duduk.ada yang bt sambil tgk muvi.ada jugak yg bt assignment tertiarap.sambil bt assingment tu sempat lagi bergosip..haha..budak laki pom suke bergosip gak..apa2 hal pom..malam nie memang
best...kawan2 korang mmg best arr..lain kali kalo ada assignment tuk ditiru bagitau
la yer..heee..oklah aku nak pekene meggi dululah.perut dah bunyi tong drum nie....see ya..;)

Monday, March 22, 2010

MALAS!!!

Assalamualaikum...
Hari ini aku ingin membicarakan tentang sikap malas yang ada pada kita semua..tapi bukan semua la...hee

MALAS... adalah satu penyakit sebenarnya.. bagi orang yang mempunyai sikap malas ini sebenarnya dia tidak ada kesungguhan untuk berusaha dengan gigih bagi mencapai apa jua peluang, rezeki, masa depan, lain-lain yang diimpikannya.

Aku suka membuat perbandingan, antara kualiti kepimpinan yang ada pada semua tokoh perniagaan dunia dan semua tahap peringkat masyarakat marhean. Jika difahami dan didalami, aku tidak nampak satu seorang pun tokoh perniagaan dunia seperti Bill Gates, Warren Buffet atau Tan Sri Syed Mokhtar alBukhary mempunyai sikap malas dalam bisnes mereka.

Itu satu fakta yang perlu diketahui.. MALAS tiada dalam kamus orang-orang yang berjaya. Ini adalah kerana MALAS itu salah satu sikap negatif yang merujuk kepada anti-kejayaan iaitu penghalang kejayaan. Sebab itulah kita perlu berpesan kepada sesiapa jua berusaha gigihlah kalo nak berjaya, jangan sekadar berangan tinggi tapi malas nak usaha apa yang diimpikan itu.

Bagi aku, orang-orang besar dalam bisnes ini memang cukup hebat daripada personaliti. Rajin dan kuat berusaha, bersabar dan cekal, yakin dan percaya dengan apa jua yang mereka lakukan. Sikap-sikap yang positif itulah memberi hasil yang lebih baik daripada sikap negatif. Sebagai contoh orang yang bersikap rajin memberi makna hasil yang didapati lebih baik daripada orang yang sikapnya malas. Ini salah satu bentuk cause and effect, seperti pepatah Arab ada menyebut "sesiapa yang berusaha dia akan dapat apa yang diusahakannya, sesapa yang menanam dialah yang menuainya"...

Sebagai memenuhi topik mengenai malas ini maka aku sertakan beberapa kategori malas yang boleh kita ambil pengajaran darinya :

1. MALAS MEMBACA
Sikap malas membaca membawa kesan yang cukup besar. Malas membaca bermakna banyak ilmu penting tidak akan diketahui seterusnya menjadikan kejahilan itu sebagai titik utama kegagalan. Kebanyakan CEO-CEO dunia kuat membaca.. ini kerana ia memberi mereka idea-idea hebat semasa mengemudi sesebuah organisasi.. malah kita patut menyelami salah satu ungkapan mahsyur seperti all leaders are readers... semua pemimpin itu adalah pembaca... so kenalah banyakkan membaca kalo nak jadi hebat.. sesungguhnya dengan ilmu Allah menaikkan darjat manusia itu daripada manusia yang tidak berilmu kepada manusia yang dihormati kerana ilmunya..

Berbincang mengenai membaca ini sebenarnya ayat pertama al-Quran yang diturunkan pada 17 ramadhan di waktu Nabi di Gua Hira adalah berkaitrapat dengan Iqra'.. iaitu 'bacalah' dengan nama tuhanmu yang menciptakan.

Betapa pentingnya membaca itu sehingga disentuh peringkat awal Nabi Muhammad diutuskan itu menjadi satu aspek utama sesebuah tamadun itu berjaya. Jika semua orang malas membaca, maka habislah negara. Tiada apa-apa yang boleh dibangunkan agenda ekonomi, sains, teknologi, akademik dan sebagainya. Ini sudah tentu menjadi bencana jika semua orang malas membaca. Oleh itu dalam Islam, menuntut ilmu itu wajib ke atas semua orang muslim.. Kita perlu rajin membaca untuk berjaya, dengan ilmu yang ada itu dipraktikkan untuk kegemilangan masa depan yang lebih baik.


2. MALAS BERFIKIR
Ini juga satu gejala kronik melanda. Ada orang bijaksana tapi menyalahgunakan kebijaksanaan itu untuk perkara sia-sia. Apatah lagi orang malas yang mmg malas nak berfikir sudah tentulah ia telah membazirkan berjuta sel neuron otak yang dikurniakan tuhan untuk hidup mereka.

So kita kenalah jadi insan yang bersyukur, gunakan akal ini untuk berfikir dengan rasional dan bijak. Jangan rosakkan otak ini dengan perkara memudaratkan seperti minum arak, hisap dadah, hisap rokok dan sebagainya. Bila kita berusaha untuk rajin berfikir maka semakin tajamlah daya pemikiran seseorang itu kerana banyak sel neuron yang aktif bekerja. Sebaliknya jika kita malas berfikir maka semakin banyaklah sel neuron 'mati' dan tidak aktif. Orang kata lembab pemikiran ni satu gejala yang perlu dielakkan supaya tidak menjadi masyarakat yang bebal.

Apabila masyarakat bebal maka makin banyaklah aktiviti-aktiviti yang 'lagha' berlaku. Sebagai contoh disogokkan dengan hiburan melampau sehingga meninggalkan solat dan dicemari aktiviti tidak bermoral maka ia sebenarnya merujuk kepada tahap pemikiran yang masih rendah seperti zaman jahiliah. Orang-orang yang tahu berseronok sahaja dan malas berfikir mengenai kehidupan yang lebih serius untuk berjaya maka kesannya rosaklah generasi dari masa ke semasa.

Makin banyak penghibur daripada para cendekiawan ini bermakna makin banyak kejahilan daripada kealiman. Sepatutnya jika anda rajin berfikir sudah tentu boleh menyelami apa yang berlaku pada masyarakat sekarang. Trend akhir zaman di mana anak-anak muda lebih suka kerja yang popular dan lumayan dengan mudah melalui menjadi penyanyi segera. Kalo diikutkan ini satu trend yang bahaya, terlalu banyak hiburan menjadikan sesebuah masyarakat itu malas berfikir untuk masa depan. Tahu berseronok dan membiarkan masalah yang ada seolah tiada apa-apa.. Ini satu sindrom malas berfikir yang perlu diambil perhatian serius wahai sahabat-sahabatku..


3. MALAS BERUSAHA
Kategori ke3 yang aku rasa semua orang mengetahuinya. Kategori ini memang berkaitrapat dengan apa yang aku nak simpulkan dengan topik ini. Ada orang nak cepat kaya tapi malas berusaha. Ada orang nak buat bisnes nak cepat kaya tapi malas nak berusaha untuk berjaya.

Aku rasa tahap pemikiran seperti ini adalah kerana kurangnya ilmu dan pemikiran.. Ia menjelaskan kategori satu dan dua berkaitrapat. Kerana malas membaca dan malas berfikir membuatkan sesorang itu malas berusaha.

Jika dia rajin membaca, mengetahui banyak perkara ajaib dalam hidup sudah tentulah dia akan rajin berfikir untuk masa depannya then kuat berusaha untuk mencapai apa jua yang diimpikan.


Kesimpulannya kesemua kategori ini adalah sikap-sikap negatif yang anti-kejayaan perlu dihindarkan dalam hidup kita. Aku berpesan kepada diri aku sendiri dan juga kepada sahabat-sahabat di luar sana, usahlah malas membaca, usahlah malas berfikir dan usahlah tegar berusaha gigih.Dengan mengenali sikap-sikap malas ini dapat untuk kita membuat pembaharuan dalam apa jua aspek kehidupan.

Sunday, March 21, 2010

Assalamualaikum...

Sale 1 Malaysia...

Assalamualaikum...kawe sinie malu sero sebabnyor nok oyak kawe ado blog sdiri doh lonie..ore kato kalu dop try kitow x tahu..ko guanow adik kakok???...apo-apo hal pom...ambo dengan raso banggo merasmikan blog ambo nie sdiri....namo "kakahdale" nie pom ambo bubuh dengan x sengajo...apo-apo hal pom tunggu updates terbaru dari ambo nati..ambo tubek dulu deh...chow...=)