Monday, March 22, 2010

MALAS!!!

Assalamualaikum...
Hari ini aku ingin membicarakan tentang sikap malas yang ada pada kita semua..tapi bukan semua la...hee

MALAS... adalah satu penyakit sebenarnya.. bagi orang yang mempunyai sikap malas ini sebenarnya dia tidak ada kesungguhan untuk berusaha dengan gigih bagi mencapai apa jua peluang, rezeki, masa depan, lain-lain yang diimpikannya.

Aku suka membuat perbandingan, antara kualiti kepimpinan yang ada pada semua tokoh perniagaan dunia dan semua tahap peringkat masyarakat marhean. Jika difahami dan didalami, aku tidak nampak satu seorang pun tokoh perniagaan dunia seperti Bill Gates, Warren Buffet atau Tan Sri Syed Mokhtar alBukhary mempunyai sikap malas dalam bisnes mereka.

Itu satu fakta yang perlu diketahui.. MALAS tiada dalam kamus orang-orang yang berjaya. Ini adalah kerana MALAS itu salah satu sikap negatif yang merujuk kepada anti-kejayaan iaitu penghalang kejayaan. Sebab itulah kita perlu berpesan kepada sesiapa jua berusaha gigihlah kalo nak berjaya, jangan sekadar berangan tinggi tapi malas nak usaha apa yang diimpikan itu.

Bagi aku, orang-orang besar dalam bisnes ini memang cukup hebat daripada personaliti. Rajin dan kuat berusaha, bersabar dan cekal, yakin dan percaya dengan apa jua yang mereka lakukan. Sikap-sikap yang positif itulah memberi hasil yang lebih baik daripada sikap negatif. Sebagai contoh orang yang bersikap rajin memberi makna hasil yang didapati lebih baik daripada orang yang sikapnya malas. Ini salah satu bentuk cause and effect, seperti pepatah Arab ada menyebut "sesiapa yang berusaha dia akan dapat apa yang diusahakannya, sesapa yang menanam dialah yang menuainya"...

Sebagai memenuhi topik mengenai malas ini maka aku sertakan beberapa kategori malas yang boleh kita ambil pengajaran darinya :

1. MALAS MEMBACA
Sikap malas membaca membawa kesan yang cukup besar. Malas membaca bermakna banyak ilmu penting tidak akan diketahui seterusnya menjadikan kejahilan itu sebagai titik utama kegagalan. Kebanyakan CEO-CEO dunia kuat membaca.. ini kerana ia memberi mereka idea-idea hebat semasa mengemudi sesebuah organisasi.. malah kita patut menyelami salah satu ungkapan mahsyur seperti all leaders are readers... semua pemimpin itu adalah pembaca... so kenalah banyakkan membaca kalo nak jadi hebat.. sesungguhnya dengan ilmu Allah menaikkan darjat manusia itu daripada manusia yang tidak berilmu kepada manusia yang dihormati kerana ilmunya..

Berbincang mengenai membaca ini sebenarnya ayat pertama al-Quran yang diturunkan pada 17 ramadhan di waktu Nabi di Gua Hira adalah berkaitrapat dengan Iqra'.. iaitu 'bacalah' dengan nama tuhanmu yang menciptakan.

Betapa pentingnya membaca itu sehingga disentuh peringkat awal Nabi Muhammad diutuskan itu menjadi satu aspek utama sesebuah tamadun itu berjaya. Jika semua orang malas membaca, maka habislah negara. Tiada apa-apa yang boleh dibangunkan agenda ekonomi, sains, teknologi, akademik dan sebagainya. Ini sudah tentu menjadi bencana jika semua orang malas membaca. Oleh itu dalam Islam, menuntut ilmu itu wajib ke atas semua orang muslim.. Kita perlu rajin membaca untuk berjaya, dengan ilmu yang ada itu dipraktikkan untuk kegemilangan masa depan yang lebih baik.


2. MALAS BERFIKIR
Ini juga satu gejala kronik melanda. Ada orang bijaksana tapi menyalahgunakan kebijaksanaan itu untuk perkara sia-sia. Apatah lagi orang malas yang mmg malas nak berfikir sudah tentulah ia telah membazirkan berjuta sel neuron otak yang dikurniakan tuhan untuk hidup mereka.

So kita kenalah jadi insan yang bersyukur, gunakan akal ini untuk berfikir dengan rasional dan bijak. Jangan rosakkan otak ini dengan perkara memudaratkan seperti minum arak, hisap dadah, hisap rokok dan sebagainya. Bila kita berusaha untuk rajin berfikir maka semakin tajamlah daya pemikiran seseorang itu kerana banyak sel neuron yang aktif bekerja. Sebaliknya jika kita malas berfikir maka semakin banyaklah sel neuron 'mati' dan tidak aktif. Orang kata lembab pemikiran ni satu gejala yang perlu dielakkan supaya tidak menjadi masyarakat yang bebal.

Apabila masyarakat bebal maka makin banyaklah aktiviti-aktiviti yang 'lagha' berlaku. Sebagai contoh disogokkan dengan hiburan melampau sehingga meninggalkan solat dan dicemari aktiviti tidak bermoral maka ia sebenarnya merujuk kepada tahap pemikiran yang masih rendah seperti zaman jahiliah. Orang-orang yang tahu berseronok sahaja dan malas berfikir mengenai kehidupan yang lebih serius untuk berjaya maka kesannya rosaklah generasi dari masa ke semasa.

Makin banyak penghibur daripada para cendekiawan ini bermakna makin banyak kejahilan daripada kealiman. Sepatutnya jika anda rajin berfikir sudah tentu boleh menyelami apa yang berlaku pada masyarakat sekarang. Trend akhir zaman di mana anak-anak muda lebih suka kerja yang popular dan lumayan dengan mudah melalui menjadi penyanyi segera. Kalo diikutkan ini satu trend yang bahaya, terlalu banyak hiburan menjadikan sesebuah masyarakat itu malas berfikir untuk masa depan. Tahu berseronok dan membiarkan masalah yang ada seolah tiada apa-apa.. Ini satu sindrom malas berfikir yang perlu diambil perhatian serius wahai sahabat-sahabatku..


3. MALAS BERUSAHA
Kategori ke3 yang aku rasa semua orang mengetahuinya. Kategori ini memang berkaitrapat dengan apa yang aku nak simpulkan dengan topik ini. Ada orang nak cepat kaya tapi malas berusaha. Ada orang nak buat bisnes nak cepat kaya tapi malas nak berusaha untuk berjaya.

Aku rasa tahap pemikiran seperti ini adalah kerana kurangnya ilmu dan pemikiran.. Ia menjelaskan kategori satu dan dua berkaitrapat. Kerana malas membaca dan malas berfikir membuatkan sesorang itu malas berusaha.

Jika dia rajin membaca, mengetahui banyak perkara ajaib dalam hidup sudah tentulah dia akan rajin berfikir untuk masa depannya then kuat berusaha untuk mencapai apa jua yang diimpikan.


Kesimpulannya kesemua kategori ini adalah sikap-sikap negatif yang anti-kejayaan perlu dihindarkan dalam hidup kita. Aku berpesan kepada diri aku sendiri dan juga kepada sahabat-sahabat di luar sana, usahlah malas membaca, usahlah malas berfikir dan usahlah tegar berusaha gigih.Dengan mengenali sikap-sikap malas ini dapat untuk kita membuat pembaharuan dalam apa jua aspek kehidupan.

No comments:

Post a Comment