Sunday, October 23, 2011

My 1st job.....!!!

Aduh la...lama dah x update blog gua.....otak dah beku..x tau apa yg nak ditulis....haha....hari ini aku nak citer sket pasal 1st job aku....haha...dah lama sangat belajar dekat 10 tahun....baru dapat keje....keje kat WCT Berhad...Alhamdullilah...rezeki kot dapat kerja kat sinie....aku kena anta pegi Sepang tuk projek 2nd KLIA....1st day keje dah sesat cari jalan pergi main office...adoyai...cuak aku....sesat sampai kat Putrajaya.....haha...masuk keje kul 10.30...jauh benar aku sesat..padahal aku follow gps dah pom...haha...boleh gak sesat....1st experience....lapor diri kat main office....terus kena anta duk site....luas giler site....dah dekat sebulan aku kerja...banyak yg aku belajar dari senior2 yg kerja kat sane....mmg teruk gak kena buli dgn diorang...tp aku tahu...diorang bukan sengaja buli...utk aku lebih faham tentang kerja2 kat site....dah la....aku nak p tidow plak...hee...tidow awal beb...esk keje...hee...chow...bubbye...

Sunday, August 7, 2011

Sunday, June 12, 2011

Sokongan aku zaman berzaman-zaman.....

Walaupon semalam pasukan Kelantan tewas kepada skuad sang penyu iaitu Terengganu....aku tetap akan memberikan sokongan hingga akhir hayat...nasib tidak menyebelahi The Red Warriors untuk tahun ini memenangi Piala FA..xpew...fokus diteruskan untuk Kejuaraan Liga Super dan mempertahan Piala Malaysia...apa2 hal pom....Sokongan Aku Zaman Berzaman untukmu The Red Warrior....Gomo Kelate Gomo....!!!

Sunday, May 22, 2011

Lupa nak bagitau...esok sy LI


haha..poyo kan...nak LI pom bagitau...hah...LI tu ape...LI tu Latihan Industri @ bahasa standardnyer adalah praktikal...malas,semak dan malaaaassss..haha...malas giler nak ke pejabat esok...esok da start lapor diri jam 8.30 pagi...kena bangun pagi...aduh...masak gua...masalah no 1 yg menghantui diriku ini...bangun pagi...aku Li kat Jabatan Kerja Raya Kelantan (JKR)...aku duk kat bahagian jalanraya....apakah ilmu yg akan aku dapat kat sana yer nanti....apa2 pom..selamat berLi kat semua teman2 seperjuangan...hope u all enjoys....

Monday, May 9, 2011

I Love My Mum...(",)


Ibu...Ibu...engkaulah ratu hatiku...bila ku berduka...engkau hiburkan selalu...cewah...menyanyi la plak kan...hihi...apa pun hr nie aku nak ucapkan selamat hari ibu bt mamaku tercinta...i luv u mom...

Wednesday, May 4, 2011

BBQ FKAAS....

Semalam budak2 kelas aku bt satu parti BBQ kat Taman Universiti...BBQ terakhir sebelum kita orang menamatkan pengajian di UTHM nie...semua budak2 hadir memeriahkan majlis...parti ini bermula jam 9mlm dan berakhir 12mlm dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mazni untuk memberkati majlis.....pelbagai acara telah dijalankan..antaranya...cabutan bertuah...ucapan setiap wakil rumah sewa..berkonsepkan "Hawaii"...sememangnya parti ini amat santai...malam tu juga ada award MR & MRS Hawaii...terima kasih jugak kat tuan rumah...Mazni,Iqmal,Irsyad,Chip & Midi kerana sudi meminjamkan rumah agam kamu untuk parti ini....terima kasih juga kepada ajk2 yg sukarela membantu menjayakan majlis ini...Semoga ikatan persaudaraan antara kita kekal...Gud Luck semua...(",)

Batch FKASS X Poly 2008/2009

Antara hidangan pada malam tu

Hamper cabutan bertuah

Mr & Mrs Hawaii

Sunday, May 1, 2011

Final Year & Final Exam.....

Dah lama x menulis kat blog aku nie...bz..bz..bz...hari nie rasa gatal tangan plak nak menaip...haha...padahal..tengah final exam....masih ada 2 paper untuk dilangsaikan sebelum aku terus ke medan latihan industri....final exam untuk kali ini amat berlainan..kerana ini adalah final exam yang terakhir sebelum aku bergelar sebagai Jurutera....hihi..padahal ada lagi 2 bulan untuk LI....haha...2 minggu yg lepas baru jew abes presentation FYP aku...Alhamdulilah....semuanya ok jew....dapat panel pun yang ok jew....setelah beberapa minggu aku x dapat tidur yg cukup untuk siapkan FYP nie.....baru aku tau betapa sukarnya untuk bergelar Jurutera...dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat berjaya kepada semua rakan seperjuangan....gud luck...moga dapat jd yang terbaik dari yang terbaik....(",)

Wednesday, April 20, 2011

Apabila seronok bertukar sakit (Utusan Malaysia Online)

ARKIB : 23/01/2011


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Ketika Johari, 24 menempuh alam remaja, sukan futsal mula meniti di bibir dan popular. Pada mulanya, dia tidak berminat untuk mencubanya sehinggalah pada suatu hari, seorang rakan mengajaknya untuk bermain.

Walaupun banyak kali mengalami kecederaan sama ada di lutut atau di buku lali semasa bermain bola sepak dahulu, dia tidak pernah berhasrat untuk berhenti bermain bola sepak.

Anak bongsu daripada tiga adik beradik itu kini bergiat aktif pula dalam sukan futsal yang semakin popular. Dia melihat sukan yang berasal dari Uruguay itu kian mendapat tempat di hati generasi muda untuk kecergasan badan dan mengisi masa senggang.

Bagi Johari, sukan futsal mempunyai kelebihan tertentu kerana ia lebih selamat dan boleh dimain tidak kira masa dan tempat.

Lebih-lebih lagi, gelanggangnya juga diperbuat daripada rumput sintetik, lantai parket atau simen yang boleh menyerap lantunan.

Anak muda ini beranggapan sukan ini menyeronokkan walaupun memerlukan ketangkasan bermain dalam ruang gelanggang terhad.

Mungkin Johari antara peminat dan pemain futsal yang tidak menyedari kecederaan lama mungkin berulang jika dia tidak berhati-hati bermain futsal.

Di sebalik peningkatan penglibatan masyarakat dalam sukan ini, terdapat juga peningkatan bilangan pemain mengalami kecederaan berkaitan sukan futsal.

Kecederaan akibat futsal

Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Bazam Abdul Rani, kecederaan akibat bersukan biasanya melibatkan dua jenis kecederaan.

Yang pertama, kecederaan akibat persentuhan badan seperti pelanggaran dan pertembungan. Kecederaan yang kedua melibatkan bukan persentuhan badan seperti paha, sendi buku lali, sendi lutut, kepala, leher dan lengan.

Tambah Dr. Bazam, kebanyakan kecederaan yang dialami adalah ringan sahaja seperti kekoyakan ligamen buku lali yang separa (partial tear), abrasi, luka yang tidak dalam dan lebam.

Kecederaan serius yang boleh dialami mungkin melibatkan kepatahan tulang, sendi lutut dan buku lali terkehel, tulang yang patah, kekoyakan ligamen lutut yang mengakibatkan ketidakstabilan sendi.

Faktor kecederaan

Bagi Dr. Bazam, sukan futsal mempunyai kebaikan dan keseronokan tersendiri tetapi bahaya untuk pemain.

“Futsal berbahaya kepada pemain kerana ia berbeza daripada perlawanan bola sepak yang mempunyai undang-undang yang lengkap. Pemain futsal juga mudah melakukan aktiviti dan perbuatan kasar seperti menggelongsor dan menghalang kaki lawan. Selain itu, pemain mengawal bola lebih kasar berbanding perlawanan bola sepak biasa. Kecederaan mungkin dapat dikurangkan sekiranya undang-undang futsal tidak membenarkan sentuhan fizikal antara pemain secara berlebihan,” ujar beliau.

Dr. Bazam menjelaskan, keadaan padang permainan futsal juga boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Saiz padang yang kecil dengan aksi permainan futsal yang pantas menyebabkan pemain hilang kawalan.

Padang tiruan daripada getah atau permukaan yang kasar dan melekat tidak mengehadkan pergerakan pemain dan mudah terseliuh. Apabila pemain jatuh di atas permukaan tiruan yang licin, mereka tidak sempat mengawal pergerakan badan apabila terjatuh.

Dalam pada itu, saiz kumpulan pemain futsal yang kecil dengan tempoh masa bermain yang panjang mengurangkan stamina pemain tersebut. Ini menyebabkan mereka cepat berasa letih dan hilang kawalan pergerakan badan.

Sebagai pemain, memakai kasut tanpa merujuk jenis padang permainan boleh menjadi faktor kecederaan.

Umum sedia maklum, futsal merupakan permainan dan hiburan hujung minggu. Jika seseorang pemain tidak menyiapkan diri dari segi ketahanan fizikal, mereka mudah cedera.

“Jika pemain tidak melengkapkan diri, otot dan stamina mereka belum cukup kuat digunakan untuk bermain futsal. Tanpa rehat yang cukup mustahil mereka mampu berdepan dengan perlawanan yang agresif dan cepat seperti futsal. Pemain yang tidak melakukan senaman ringan sebelum memulakan perlawanan juga berdepan dengan risiko kecederaan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berpakaian sukan futsal yang lengkap,” katanya.

Menurut Dr. Bazam lagi, ramai pemain yang cedera mempunyai sejarah kecederaan akibat permainan sukan yang mereka ceburi sebelum ini. Kecederaan berulang ini menjadi risiko yang paling lazim dan tinggi.

Sunday, April 10, 2011

Buntai FC oh Buntai FC...

Dah lama tidak mengupdate blog akibat kesibukan duniawi ini...haha...sibuk ngan PSM la..apa lagi...tp sempat lagi aku n member join Futsal anjuran rakan muda......team aku cam biasa la BUNTAI FC...
Ok la kali nie...dapat masuk separuh akhir...tewas dengan sepakan penalti.....haha..aku yg x dapat score penalti...kena tiang beb....rasa down gak la...masa penentuan tempat ketiga/keempat team aku lawan ngan team international....mmg susah la beb....team diaorg banyak skill individu yang tinggi....walaupom team aku leading sebijik tp last2 team aku tewas 3-1...tp dpt gak aku score sebijik...tebus balik yg penalti x masuk...hahaha...apa2 pun...enjoy ar main futsal semalam....aku nak ucap terima kasih kepada semua penyokong yg hadir n support Buntai Fc...korang mmgg terbaik....i luv u...

BUNTAI FC 2011

Monday, April 4, 2011

10 Cara Untuk Meningkatkan Daya Ingatan


Perkataan ‘terlupa’ sering bermain di mulut mereka jika setiap kali soalan berkaitan pelajaran diajukan. Sememangnya masalah daya ingatan ini merupakan bebanan kepada setiap manusia lebih-lebih lagi dalam konteks pelajar. Ho Ho Ho.

Mungkin kita sendiri terlupa. Bahawa tempat pemprosesan maklumat, iaitu otak kita juga adalah sebuah organ. Dan seperti anggota tubuh badan yang lain, otak juga perlu dilatih secara fizikal dan perlu dibekalkan dengan nutrisi yang sepatutnya. Sama seperti jika kita ingin membentuk badan yang mempunyai six pack. Makanan tambahan dan latihan fizikal yang banyak diperlukan untuk mengeluarkan six pack daripada perut yang buncit dan berlemak. Get the idea?

Jika anda mahukan otak yang sihat dan daya ingatan yang kuat, berikut adalah 10 perkara yang perlu anda lakukan.

1. Tambahkan Kacang Soya dalam pemakanan

Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori

2. Pengambilan Zat Besi

Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak

3.Minum Kopi

Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafein

4.Latihan Mental

Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.

5. Latihan Fizikal

Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.

6. Mengunyah Gula-Gula Getah

Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

7. Mengambil Ginkgo Biloba

Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.

8. Minyak Ikan

Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.

9. Rosemary Dan Sage

Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.

10. Vitamin B

Vitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.

Ekstra

Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.

sumber: Jom Layan

Sunday, April 3, 2011

FKASS Night 2011....

Dah lama x ke parti2 camnie....haha...bukan parti la...just dinner...dinner budak2 kejuruteraan awam...berlangsung di Landmark Hotel....mmg best...ramai pelajar yg hadir untuk memeriahkan majlis nie...terdapat pelbagai acara yang telah dibuat...acara perasmian oleh dekan fakulti Profesor Amir...diiringi oleh jawatankuasa tertinggi iaitu Dr Irwan Juki,Profesor Ir Azizan dan juga En Suffian...siap ada majlis potong kek lagi....then waktu makan ada live band yang dimainkan oleh saudara Bond...hihi....mmg best dia main lagu High n Dry....salute man....then malam tu jugak ada game show la...aku sendiri p0m kena main jugak...haha...macam mana no aku nie boleh kena petik....x tahulah....enjoy jew la....then last acara yang dinantikan..King dan Qeen pada malam tersebut....tp bg aku la....ada lg yg layak menerima anugerah tersebut... pada pendapat aku la...apa2 hal pom...nice party.....(",)