Monday, February 14, 2011

Drama Gemilang...


(Mediafire) Drama Gemilang Ep 1


(Mediafire) Drama Gemilang Ep 2

(Hotfile) Drama Gemilang Ep 3 Part 1 | Part 2

Drama Gemilang Ep 4

Drama Gemilang Ep 5

(Hotfile) Drama Gemilang Ep 6 Part 1 | Part 2


SINOPSIS

GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.


Gemilang, drama terbaru TV3 yang akan ditayangkan bermula 24/1/2010
setiap Isnin jam 9.00 malam.


Nick Buntai:aku nak tengok Tiz Zaqyah jew.....hahaha


Sunday, February 13, 2011

My phone hierarki....

1st hs aku...Sagem MC950

2nd hs aku...Nokia 3310

3th hs aku...Nokia 3100

Nie hanset yg ke 4 aku guna...Nokia 3315

Hanset ke 5 aku...Nokia 8250 @ orang panggil butterfly..cute kan2...hihi
Nie hanset ke 6 aku...Nokia 7650...nampak cam VIP kan...hahaha

Nie yg ke 7..hanset nie aku guna masa mula2 aku start study kat Poly..

Hanset ke 8 aku guna plak yg nie...Motorolla C115

Hanset ke 9 aku guna....Nokia 6131

Hanset ke 10 aku guna plak Motorolla L7

No 11 jatuh kepada Nokia 1200....yg nie aku guna sampai hari ini...

Hanset ke 12 aku guna dan yg paling mahal aku pernah beli....Nokia 6620C
Hanset aku ke 13 dan sampai skang aku pakai Nokia 1680....

Friday, February 11, 2011

Mee Racun...

Mee racun???...Korang dengar pom pelik kan..tp nie bukan sebarang mee...org kata kalau pergi Bt Pahat x sah kalau x singgah kat kedai mee racun...rugi beb...td aku br singgah jap ngan member2 aku...dah 3 tahun aku kat Bt Pahat...br hr nie aku singgah kat kedai mee racun...mmg best...harga yg murah...RM3.50 jew...perghhh....kenyang perut aku....^-^


Nielah mee racun tuh...

Sori gambar kurang jelas....

Nick Buntai:Kalau singgah Bt Pahat jgn lupa singgah dulu kat kedai mee racun nie...^-^

Thursday, February 10, 2011

Terima kasih Gintell....

Semalam masa aku kua pegi setelkan PSM aku..punyalah penat nak cari syarikat2 kontraktor kat Bt Pahat nie...aku nie yg bukan asal cinie mmg susah arr.....bukan tau sangat aku jalan2 kat bandar Bt Pahat nie....teringat plak kata sepupu aku..."beli la GPS x pom ko beli hs yg ada GPS...xlah sesat ko nak cr jalan nanti"....nak beli GPS memang x la skang..kalo dah keje mungkin la....tp memang penat la...lenguh urat2 kaki aku duk jalan2 cr syarikat kontraktor...then lepas selesai keje tu..aku ngan member aku g lah BP mall....singgah jap kat KFC....kasi penuh perut dulu beb....tiba2 ternampak 2 buah kerusi mewah berjenama Gintell..rupa-rupanya...kerusi urut letrik....mmg terbaik arr..kena masa,tempat dan keadaan...pew lg beb...aku terus duduk..dan kena la masukkan duet untuk hidupkan kerusi nie...RM2 untuk 6minit...seringgit 3 minit.....xpewlah...mahal sket...janji lenguh2 badan nie hilang.....betul2 "Rest & Go"...

Nikmatnyer beb...

Ginielah bentuknyer si "Gintell" tuh...

nick buntai:cam nak bawak balik umh jew kerusi nie...^_^

Tuesday, February 8, 2011

Chelsea tetap dihati...!!!

Bagiku Chelsea ttp team aku...
Kalah pada liverfool x bermakna kalah EPL...
Masih ada banyak lagi game seterusnya...
Semua benci kat Torres..
Semua "booo" masa Torres main..
Biasa la 1st match...
Masih x serasi...
Tp bagiku Chelsea & Torres akan mengamuk lagi next match...
Just wait....ok

Masih ada peluang untuk mu Torres...dun worry


nick_buntai:lu nasib jew menang Liverfool.....!!!

Thursday, February 3, 2011

Tengok bola...

Dah lama x update blog nie...bz la katakan...skang cuti midsem yg masih tinggal 2,3 hari lg nie...boleh la aku berkarya sket.....liga super dah start...semalan aku pergi la stadium ngan adik2 aku tgk kelantan lawan terengganu...perasaan membara nak tgk team aku main...1st time aku pergi stadium lewat...biasanyer pukul 6.00 ptg tu aku dah gerak...

Tp semalam pukul 7.45 mlm baru gerak..dengan tiket x beli lg...sampai jew stadium terus aku ke kaunter tiket...sampai jew depan kaunter tu...brother tu cakap"tiket abih doh dik"..adoyai...datang jauh2 xkan xley tgk bola...adik aku cakap "mari kite round stadium dulu...kot2 ada hok nok jual tiket(ulat)"...round punya round...jumpa plak abe man tokey kedai runcit dekat area umh aku..."guanow duk musing tuh"...aku pom bgtau la dia..."cari tiket boh..di kaunter abih doh saknie"...abe man pom bgtau..."kaunter bukok plok skanie...derah de abih pulok"...

Aku pun apa lagi...terus pegi ke kaunter...Alhamdullilah...dapat gak beli tiket.....4 keping aku beli...terus beratur masuk ke dalam stadium...tgk2 dah penuh stadium time tuh...aku anggarkan 25000 hadir menyaksikan perlawanan nie...jam menunjukkan pukul 8.45mlm...bola baru start...aku pun terus naik ke atas skali duk di belakang pintu gol kelantan...tu pom kena berdiri...hari nie kelantan main ok la....tp x macam biasa....keputusannya seri 1-1....gol jaringan dari kapten kelantan Piya dan kapten terengganu..namanyer aku pom lupa...apa2 pun aku puas hati....stadium penuh...penonton penuh berdisiplin....tiada bunyi mercun dan balingan botol...

Stadium yang penuh


"moral of the story...beli tiket awal...heee..."

Friday, January 21, 2011

Tip kewangan ( Formula 70:30 )


Saya akan kongsikan dengan anda satu teknik atau formula yang biasa digunakan oleh mereka- mereka yang telah berjaya menuju kebebasan kewangan.

Adalah sesuatu yang baik jika teknik ini dapat anda mulakan secepat mungkin dan kongsikan bersama keluarga atau teman rapat anda.

Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?

Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:

70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda.

Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!

-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma kemasjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan!

-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes.
Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:

>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda.

Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.

Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, dengar kata saya dan ikut Formula 70/30 mulai hari ini.


p/s nick buntai : try dulu baru tau....