Friday, January 21, 2011

Tip kewangan ( Formula 70:30 )


Saya akan kongsikan dengan anda satu teknik atau formula yang biasa digunakan oleh mereka- mereka yang telah berjaya menuju kebebasan kewangan.

Adalah sesuatu yang baik jika teknik ini dapat anda mulakan secepat mungkin dan kongsikan bersama keluarga atau teman rapat anda.

Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?

Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:

70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda.

Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!

-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma kemasjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan!

-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes.
Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:

>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda.

Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.

Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, dengar kata saya dan ikut Formula 70/30 mulai hari ini.


p/s nick buntai : try dulu baru tau....

Thursday, January 20, 2011


Sape2 yg belum tgk citer ngangkung lg...angkat tangan..hihi..nie aku nak bg link tuk download citer nie...


Friday, January 14, 2011

BB 9780 or Iphone 3gs.....???


atau yg ini....



Adoyai mane satu nie yg nak beli nie....bb 9780 atau iphone 3gs...dah tgk spec dia kat gsmarena....dua2 berkenan....nak balun dua2 skaligus x cukup modal plak....dunia dah making canggih skang...so kena follow gak la kan..nanti ketinggalan beb....nak amik gambar,nak main internet,nak cari jalan(gps) dll.....bab kata satu iklan kat tv...semua dihujung jari anda....^_^


Tuesday, January 11, 2011

Berita facebook akan dipadam palsu....

hahaha...ramai yg terkejut dengan tersebarnya berita bahawasanya Facebook akan ditutup menurut satu laman web..tp hari Facebook Director of Corporate Communications Larry Yu mengumumkan bahawa berita tersebut adalah palsu menurut laman web CNN...jadi lepas nie jangan la risau untuk berfacebook...dan sememangnya berita tersebut adalah palsu...so lepas nie bolehlah aku main game poker lagi dalam Facebook...hihi...bukan apa...mengisi masa lapang....^_^

Sunday, January 9, 2011

Facebook akan dipadam....???


Tadi masa aku buka Facebook...ada seorang mamak nie post satu article yg menyatakan Facebook akan dipadam terus dari dunia alam maya...hihi..aku pom terkejut gak...x dapat la aku main game poker dalam tu...owner Facebook nie pom....tiba2 jew nak padam Facebook nie.....tau la da kaya..kan..kan...kalo korang nak baca article tu boleh tengok kat sinie weeklyworldnews...aku pom x pasti samada berita nie betol kew x...tunggu jew lah kesahihan berita nie nanti...

Saturday, January 8, 2011

Selamat Pengantin Baru Adikku...

Apa-apa hal gua nak ucap taniah dan selamat pengantin baru kat adik gua Fahmi..sebab dah berjaya jadi suami orang pada 18 Disember 2010...moga berbahagia hingga ke anak cucu...cepat2 la dapat anak....gua bile lagi...hahaha...semua orang tanya gua....bila nak kawen...adik dah sudah...selamba jew gua jawab...enjoy dulu baru pk pasal benda nie(ayat cover)...haha...memang gua target pada umur 30...gua nak enjoy dulu.....baru gua pk pasal benda nie...so enjoy dulu..tp memang penat betol gua time kenduri hari tu...ramai yang hadir memeriahkan majlis...aku rasa hari tu papa ngan mama aku yang paling eppi...sebab da dapat menantu...^_^

Fahmi & Rina

Masa potong kek

Papa dan mama bersama pengantin

Time aku menepung tawar...

Bersama dengan saudara mara

Bergambar bersama pengantin

Saturday, January 1, 2011

Azam tahun 2011

1.Nak abes belajar...
2.Kuruskan perutku...
3.Berhenti merokok...
4.Jadi budak baek...hihi
5.Hapuskan jerawatku.....siot jew....
6.Berdisiplin...^_^
7.Nak beli kereta...

We Are The Champion...Taniah Harimau Malaya


Taniah,taniah dan taniah...buat pasukan Malaysia yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 setelah menewaskan Indonesia menerusi aggregat 4-2...kejuaraan pertama untuk piala ini dan menjadi pasukan yang keempat menjuarai piala ini...Moga terus digeruni di rantau Asia Tenggara...Hidup Harimau Malaya....Gomo Malaysia Gomo..